Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Saturday, April 2, 2011

INIKAH CINTA - 1

Seperti yang sudah di janjikan, aku berangkat ke utara tanah air bersama teman serumahku. Kedatangan kami di nanti-nanti oleh dia sekeluarga. Pertemuan pertamaku ini amat membuat aku teruja dan gementar. Entah kenapa aku berperasaan seperti ini. Sedangkan aku dan dia teman tapi mesra sahaja, tidak lebih dari itu walaupun sudah sedia maklum, dia menyatakan isi hatinya sejak beberapa bulan perkenalan kami. Aku hanya mengambil keputusan untuk mengenali budi terlebih dahulu. Pendek cerita, berkawan.

Setiba di stesen bas yang dituju, aku menantinya. Adakah dia bermisai? Arh, aku tak boleh terima hakikat bila lelaki berkumis, kerana bagiku ‘x comel’. Tapi pendapat orang lain mungkin di situ manisnya. Pendapat masing-masing.

Setelah lebih 15 minit menunggu, rupanya dia sudah lama menanti, mungkin dia juga berdebar untuk menemuiku bersama teman, mungkin juga dia takut tersalah gerangan yang dinanti.

Setelah berbalas pesanan dan memastikan betul, dia dating menemui kami. Muka licin, lansung tiada kumis dan juga janggut, tak seperti yang aku lihat di fotonya dulu. Kami segera pulang ke rumahnya kerana ibunya sudah sedia menanti.

Satu jam perjalanan langsung tidak memenatkan, kerana aku dapat juga menemuinya. Kami begitu rapat antara satu sama lain. Semua di kongsi bersama. Seketika samapi, aku n temanku di sambut baik oleh ibu dan ibu saudaranya. Begitu ramah sekali tutur bicara mereka terhadap kami. Secara tidak langsung, aku tidak kekok untuk mendengar celoteh dari mereka.

Tidak sampai sejam aku berteduh di rumah itu, ibunya hidangkan makanan, mungkin sudah disiapkan dari awal. Setelah menunaikan solat zohor, kami sama-sama menjamah makanan. Kemudian kami sama-sama menatap gambar-gambar lama keluarga mereka. Aku pun pelik, kenapa teman tapi mesra ini, selalu sahaja ingin mengambil peluang untuk mendekati dan berbual denganku. Bukankah ini satu kelaziman, tetapi nampak terlebih sedikit.

Satu persatu gambar ditatap, dia pun seperti begitu asyik melihat gambar-gambar keluarganya di tanganku seperti tak pernah melihat sebelum ini. Buang tabiat kea pa kawanku ini. Sampailah aku katakana pada ibunya, adik ni comel, yang ini pun comel, tapi yang paling tak comel masa kecil ialah ini. Gambar itu adalah gambarnya. Spontan aku di cubit.ewah-ewah sekali jumpa sudah berani mencubit aku.

No comments:

Post a Comment