Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Saturday, April 2, 2011

INIKAH CINTA - 6

Aku termenung sendirian, tiada airmata lagi yang mahu menemaniku di tika itu. Mungkin kerana terlalu banyak aku biarkan ia mengalir sejak kebelakangan ini. Aku juga tidak menyangka, hingga sesingkat ini cinta kami bertaut aku sudah perlu terima perkara ini. Apalah dayaku untuk menolak takdir itu.

Assalamualaikum, saya Ila, saya minta maaf mengganggu. Saya nak tanya, kenal tak dengan Khairul Naim?

Aku mula membuka bicara dengan menghantar pesanan ringkas kepada Nat untuk mengetahui keadaan sebenar. Aku hanya dapat menyatakan namaku Ila, bukan untuk menipu, tapi cukuplah sekadar ia juga tersenarai daripada namaku.

Dia membalas dengan lancar katanya juga, bahawa mereka adalah sepasang kekasih. Mata aku mula kabur kembali, setiap bait-bait pesanan itu aku berulang kali membacanya. Agak sukar sekali kerana mata sudah bergenang. Seketika kemudian, Nat menelefonku. Aku menarik nafas seraya mengangkat dan cuba bersikap tenang. Banyak perkara yang dia telah luahkan. Aku sememangnya tidak memarahinya kerana sudah aku tahu bahawa buka dia puncanya, sebaliknya orang yang aku cinta. Daripada perkara biasa hingga kepada perkara-perkara yang membuatkan aku begitu tersinggung sekali termasuk bercerita mengenai bekas aweknya, Siti.
*****

Aku tersedar dari lamunan, mungkin ini memang nasibku, bercinta kemudian di permainkan. Betapa kerdilnya diriku, betapa hinanya cinta yang aku berikan bila di balas sebegitu. Sekali lagi airmata merembes keluar. Sendu aku sudah tidak dapat di tanggung lagi.

Walaupun di setiap hati di rundung pilu, tapi perasaanku untuk membalas setiap pesanannya. Aku cuba untuk membuat keputusan betapa sakitnya aku rasa.

Bie xmntk semua nie..mie yg nk ..bie kn dh ckp, klu pts kapel, xde istilah kwn2..tp bie amat cintakn mie..bie kecewa..pth ati..mgkn pasnie biexkn kapel

2 Dis 2008 16:27

Apakah aku yang perlu dipersalahkan? Ak meminta untuk putuskan hubungan sebagai kekasih. Namun hatiku tetap menerima setelah berkali-kali kemaafan yang di pinta darinya. Ibu serta adiknya juga beria memohon untuk aku kembali padanya. Bila aku sudah yakin bahawa dia lebih menyayangi dari perempuan itu, aku menerimanya dan memberinya peluang.

Aku menerima dan memberi peluang kerana cintaku masih utuh padanya walapun hatiku di kecewakan. Terima kasih ya Allah, berikan aku
kesempatan untuk aku mengecapi akan nikmatnya cinta yang telah kau anugerahkan kepada kami.

No comments:

Post a Comment