Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Saturday, April 2, 2011

INIKAH CINTA - 5

Mama.. tolong papa.. motor nak kena tarik nie..plz..kalau mama tak dapat tolong.. terpaksa jumpa alongla..

22 November 2008

Kenapa bila aku mendapat tahu tentang pesanan ringkas ini hidupku gelap gelita. Tiada titisan airmata untuk meratapinya. Aku hanya mampu terduduk. Adakah benar dengan apa yang aku terima sekarang?

Bagiku, hari perjumpaan adalah hari yang bermakna, biarpun jauh di sudut hati aku begitu kecewa. Mungkin pertemuan ini menjadi pertemuan terakhir. Bukan niatku untuk ‘on’ kan telefonnya, tapi aku tertanya-tanya, kenapa telefonnya tidak dihidupkan. Bila di hidupkan, aku dapati ada satu pesanan dari Celcom, aku membukanya.

Anda menerima 10 panggilan tidak dijawab daripada 012-…

Siapa ini? Aku mencari di senarai kenalannya. Adakah ini mustahak daripada keluarganya. ‘Nat’ itulah pemilik nombor itu. Aku mula berkira-kira, siapakah ‘Nat’ itu. Tanpa berfikir panjang, aku membuka Daftar Pang, aku dapati panggilan untuk ‘Nat’ baru sahaja kira-kira beberapa jam yang lepas. Aku mula membuka Peti Masuk dan Peti Keluar. Dari Peti Keluarlah baru aku tahu segala-galanya. Kenapa ini yang aku perlu terima?

Aku gagahi jua semangat yang ada, aku menghantar balik pesanan itu ke telefon ku. Aku juga hantar no telefon ‘Nat’ ke telefon ku. Mungkin itu sebagai satu bukti untuk berdepan dengan temanku ini. Tapi bukan waktu pertemuanku dengannya sekarang.

Sebelum keberangkatanku ke kampung pada jam 7 petang, aku sempat bertanya padanya, adakah dia akan marah sekiranya ada pembohongan diantara kami. Dia terus mengiyakan dan memandangku tajam. Katanya, dia paling tidak suka jika aku berbohong dan menyembunyikan sesuatu darinya. Aku hanya mampu memandangnya. Kataku, nanti kemudian hari aku akan jelaskan. Ada riak tidak puas hati di wajahnya.

Pertemuan itu, aku banyak merenungnya, mencari ketulusan dihatinya. Aku hanya tersenyum sendirian, mungkin takdir ini yang perlu aku terima. Aku katakan padanya, izinkan aku menatap wajahnya. Mungkin tatapan ini yang terakhir dan aku katakan aku betul-betul menyayangi dirinya. Dia membalas kata-kataku.

Seketika aku tiba di kampung di pantai timur, aku menghantar pesanan itu, aku katakan padanya, untuk siapakah pesanan ini. Dia mula berdalih, mulanya dia katakan tersalah mesej. Aku tersenyum, bukan dia yang tersalah hantar, tapi aku yang hantar pesanan itu ke telefonku. Kataku, jika dia tidak berterus terang, siapakah ‘Nat’ itu, aku akan telefonnya.

Tidak lama kemudian, betapa luluh hati aku, kata ‘Nat’ dia merupakan teman wanitanya. Aku memohon jutaan kemaafan dari ‘Nat’ mungkin aku orang ketiga dalam perhubungan mereka. Aku pohon untuk mengundur diri. Tempatku bukan disini.

No comments:

Post a Comment