Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Wednesday, April 6, 2011

INIKAH CINTA - 13

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Memang betul pepatah itu, kadang-kadang kita bahagia, kadang-kadang kita kecewa. Tapi kenapa aku selalu seperti di permainkan olehnya. Adakah aku insan yang betul-betul bertakhta di hatinya. Aku seperti diabaikan rasanya, Begitu memilukan hati bila di ingat kembali.

Natasha Cadr: rindu tak memberi erti apa2 dah sekarang nih..

Natasha Cadr: sbb dulu bila kite sygkan awk..awk lak sygkan org lain..

Natasha Cadr: main2kan kite..

Natasha Cadr: mcm tu jer bye..

Natasha Cadr: hmmm..

Natasha Cadr: oklah

Natasha Cadr: salam..

Aku tak tahu apa yang patut aku katakan. Walaupun sudah jelas yang dia memilih aku mengikut pada perkiraan daripada jawapan ini. Tapi kenapa masih boleh menyatakan rindu padanya? Walaupun tiada bukti seperti yang dinyatakan untuk aku kuatkan tapi perkataan rindu daripada Natasha cukup jelas bahawa dia menyatakan rindu juga pada wanita itu. Masakan tidak dengan jawapan yang wanita ini berikan.

Adakah hatinya masih pada wanita ini dan menyesal kerana memutuskan hubungan dulu setelah dia memilih aku? Banyak yang aku persoalkan dalam hati kecil ini. Dari dulu lagi dia merasakan seperti tidak puas hati bila wanita ini menghubunginya dan marah-marah. Aku begitu berjauh hati bila ini yang aku dapat. Kenapa dia tersalah membuat percaturan dengan memilih aku sedangkan hatinya masih rindu pada wanita itu.

Aku bukan seorang yang cepat melenting sebenarnya. Tapi sudah berulang kali dia buat padaku. Dengan wanita yang sama. Aku menangis semahu-mahunya mengenangkan. Kenapa ini yang harus aku terima. Bila kali ini aku terima lagi, hatiku seperti tidak dapat dipujuk. Aku kah yang bersalah? Aku betul-betul menyintai dia. Mungkin aku banyak kekurangan.

Bila aku tanya kepadanya adakah dia masih merindui dan mengingati wanita itu, dia menyatakan tidak. Bila aku lakarkan bukti ini, dia menafikan sekeras-kerasnya. Jawapannya adalah untuk meminta no akaun bank untuk jelaskan hutang yang tertunggak. Kenapa perlu menyatakan rindu? katanya adalah sekadar untuk memujuk. Aku tak tahu istilah bujukan macam mana yang dia tunjukkan. Aku begitu naif akan hal ini, tapi hati kecilku benar-benar menafikannya. Masakan tidak, kerana wanita itu langsung tidak menyatakan apa-apa mengenai hutang atau berkaitan no akaun bank. Aku menangis memikirkannya. Betapa murahnya perkataan rindu yang terpancul di bibirnya. Bukan hanya padaku seorang, tetapi wanita itu juga. Ya Allah, lemahnya hatiku bila memikirkan hal ini. Hanya Engkau yang mengetahui betapa sakitnya hatiku.

Ya Allah, betapa peritnya hati aku ketika ini. Andai aku bukan di hatinya, cukuplah jujur padaku, tidak mempermainkan perasaanku. Walau sekalipun aku kecewa dengan jawapan itu, tetapi ia pasti dapat di ubati. Aku boleh terima keputusan itu, dan akan cuba menerimanya sikit demi sedikit. Dia punya hak untuk membuat keputusan, kerana itu adalah masa depannya. Masa depanku pula adalah hanya untuk bersama dengannya andai kata dia betul-betul menyintai aku tanpa di selitkan dengan orang ketiga. Dan andaikata aku bukan pilihannya, aku terima. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ya Allah, bukakan mata hatiku, tunjukkan aku, memang aku betul-betul menyintai dia, tapi tunjukkan padaku pasangan aku sebenarnya. Aku akan menerimanya walaupun di hati hanya padanya. Aku cuba untuk kikiskan hati yang padu padanya jika itu kehendakMU..Amin..

Bingkisan dari hatiku khas untuknya.

Nama secantik orangnya,
Senyuman manis yang terukir di bibirnya,
Terlihat kejujran di hatinya,
Terlebih dahulu aku memohon maaf darimu,
Membuka email tanpa pengetahuanmu,
Bukan aku mencurigaimu,
Tapi untuk memenuhi hasratku,
Dengan kebenaranmu.

Tapi tidak ku duga,
Kenapa email ini ku terima?
Bila aku meneliti maksudnya,
Aku dapat tangkap makna tersiratnya,
Tapi kata-kata apa yang bagi padanya?
Yang pastinya kau menyatakan rindu juga,
Masakan tidak bila jawapan ini yang tersedia.

Tapi itu katanya,
Dan katamu sebaliknya,
Hatimu masih padanya,
Itu yang dapat aku baca.

Aku bangga dengan maknanya,
Gadis itu memberi maksud yang nyata,
Bahawa kau memilih aku darinya,
Tapi kenapa masih lagi rindu yang kau nyatakan?
Kerana aku dapat menangkap butir-butir kenyataan ini.

Aku akui, aku yang kedua mungkin juga yang ketiga,
Tapi aku juga mengharapkan cinta,
Kasih dan sayangmu wujud dalam jiwa,
Kesetiaan juga,
Bukan kecurangan melanda.

Rajukku ada tempatnya.

No comments:

Post a Comment