Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Wednesday, February 22, 2012

INIKAH CINTA - 22

Ayang mengaku dan sedar yang ayang bukan sempurna. Tapi kenapa masih lagi sanggup abg lukakan hati ayang? Hari ini abang ulang lagi. Apa yang abang perlukan sebenarnya. Andai betul abang sudah tak perlukan ayg, ayang pohon jangan buat ayang macam ni lagi. Ayang tak sanggup untuk terima. Berbagai alasan abang berikan bila kita tak berhubung dan tak menepati janji abg. Hampir 4 tahun kita bercinta. Ayang akur andai masa ini abang punya yang lain. Ayang akan cuba belajar untuk terima. Ayang harap abang jawab soalan ayang dengan seikhlas hati, adakah ayang masih wujud dalam hati abang. Andai tidak, berterus terangla sebelum ayang tak dapat menerima bila hubungan kita makin berpanjangan. Ayang cuba untuk percayakan abang walaupun di hati ayang sakit, kerna terlalu sayang, ayang cuba. Ayang akan sentiasa mencintai abang selagi ayang masih diperlukan.

Monday, February 20, 2012

INIKAH CINTA - 21

Abg mntk mf sbb x pndai jg ati ayg..abg cyg ayg sgt2..
07 Disember 2011

Abg rndu ayg sgt2..abg xtawla nape abg jd cmnie, abg slalu sakitkan ati ayg..mfkan abg..abg hrp ayg caye ngan cnta abg..salam..
08 Disember 2011

Ayg tlg la agkt dlu fon, dgr ape yg abg nk ckp nie, ayg jgnla terus diam je syg, kite x lama lg da nak brnikh,,bln 6 nie je, ayg jgn bg abg gila..abg da bgtaw yg abg xley idup tnpa ayg..tlgla abg mntk mf sgt2 ats slh abg..
02 Januari 2012

Ala abg mntk mf sgt2..bkn niat abg nk wat ayg mrh..
02 Februari 2012

Abg bkn sgaja cyg..
13 Februari 2012

Abg mntk mf sgt2 cyg, bkn niat abg nk lukakan ati ayg, abg cma sygkn ayg je..abg hrp ayg jga dri ye,,jgn sedih2 lg,,abg hrp ayg bhgia..salam..
13 Februari 2012

x sibukla..abg cma mencari utk kita tp ayg xley sbr..
13 Februari 2012

abg wat xtaw bkn sbb x syg..abg ,mlas nk pjgkan mslh nie..abg da mntk mffkan..
15 Februari 2012

abg xnak janji cyg..tp abg cba yg terbaik..abg slalu mcm nie,,xtaw nape..
15 Februari 2012


Apa yang patut ayg buat sebenarnya. Mungkin silap ayg juga, sentiasa memaafkan sebab terlalu cinta. Tapi kemaafan ayg juga membuatkan abg kerap mengulangi kesalahan yang sama. Apa silap ayang lagi? Kenapa x menghargai setiap kemaafan yang ayg berikan sebaliknya mengulangi lagi.

Apa pun, ayg tetap akan bersedia untuk maafkan abg. Dan ayg x yakin bahawa cinta yang ayg berikan ini kekal hingga akhirnya nanti. Apapun, selagi ayang masih cinta, ayang akan sentiasa pupukkan cinta ayg terhadap abg dengan sebaik.

Wednesday, January 4, 2012

Syukurlah...

Cinta dihulurkan membangkitkan aku,
Dari kegelapan suatu ketika dulu,
Betapa aku menghargai perasaan itu,
Secara jelas menunjukkan betapa aku menyayangi dirimu.

Detik-detik yang berlalu dibiarkan berlalu,
Namun tidak tega bagiku melupakan semuanya,
Kasih dan sayang yag dipamerkan di setiap wajahnya,
Mengundang aku untuk terus kepadanya.

Ya Allah, aku mensyukuri akan perasaan ini,
Semoga KAU membenihkan cinta ini,
Ke jalan kau KAU redhai,
Dan pupukkan kasih sayang di antara kami,
Bukan sahaja di duniawi tetapi juga ukhrawi.
Amin,,,

Tuesday, November 22, 2011

INIKAH CINTA - 19

16 November 2011

Kedatangan abang memang begitu mengujakan ayang. Setiap detik abang berada di sini ayang akan penuhi dengan setiap kenangan terindah yang kita ciptakan bersama. Kerana semua itu amat bernilai buat ayang.

Ayang juga memohon maaf di atas keterlanjuran ayang serta kekurangan yang ada pada ayang. Semua itu adalah kelemahan dari ayang sendiri. Tentang masakan Tom Yam tu ada yang kurang tapi abang tetap makan dengan berselera kan? Terima kasih.

Sudah lama niat di hati nak abang pilihkan sepasang baju untuk abang sendiri bila abang datang ke sini, sejak dari pertama kali abang menyatakan keinginan untuk datang ke sini. Alhmadulillah semua hajat ayang tercapai. Walaupun ianya tidak semahal mana, namun ayang harap abang menyukainya.

Bukan itu semua sebagai cagaran untuk mengikat abang, tapi sebagai tanda kasih ayang pada abang.

INIKAH CINTA - 18

15 November 2011

Saat yang ayang nanti-nantikan kedatangan abang. Walaupun jasad berada di tempat kerja, namun ayang tak betah mencari-cari kelibat abang sedangkan ayang baru mendapat pesanan dari abang yang menyatakan baru dalam perjalanan. Ayang betul-betul teruja sayang, entah kenapa perasaan rindu tak dapat dibendung lagi. Setahun lebih kita tidak bersua muka, berkongsi cerita dan kasih. Ayang begitu mengharapkan perjalanan abang agar cepat berlalu.

Jauh lg dalam 80km lg nk sampai KB syg...
15 Nov 2011 15:31

Satu persatu mesej ayang terima dari abang dan degupan serta getaran begitu kuat terasa. Mungkin terlalu dambakan kedatangan abang sampaikan ayang tak dapat mengawal itu semua. Walaupun nampak ketenangan pada luarannya, namun di hati hanya Allah swt saja yang tahu. Ayang betul-betul ingin berjumpa dengan abang.

Pertama kali ayang memandang abang, tiada kata yang dapat ayang ungkapkan. "Ayang rindu Abang". Akhirnya ayat itu terpacul juga di bibir ayang. Itulah sebenar-benar kata hati ayang setelah sekian lama.

Terima kasih sayang kerana sudi datang. Ayang begitu terharu dengan kasih dan sayang yang abang tunjukkan pada ayang. Ayang doakan semoga ianya kekal dan makin bercambah di jiwa abang dan juga di jiwa ayang.. AMIN...Terima kasih ALLAH.

Sunday, October 2, 2011

INIKAH CINTA 17

TIDAK LAYAKKAH AKU?

Dulu,,, Aku di cinta,
Kemudian,,, Aku di dusta,
Ku maafkan kerna sayang,
Tapi kenapa perlu diulang?

Dulu,,, Aku di rindu,
Tapi hanya di bibir begitu,
Kerna dia lagi kau rindu,
Menahan pilu sebak dijiwaku.

Dulu, janjimu padaku,
Memohon maaf dan tidak akan biarkannya kembali berlaku,
Dek rindu serta kasihku terhadapmu,
Lagi sekali aku memaafkan mu.

Kini, Aku diabaikan,
Entah di mana akan kesilapan,
Kemaafan aku hanya sebagai cagaran,
Khabar darimu pasti bertandang,
Bila dirimu dalam kesunyian.

Tiada kata dapat ku katakan,
Mungkin ini sudah di takdirkan,
Bahwa cintaku senang dipersendakan,
Ku berserah pada yang Maha Penyayang.

Setiap pesananmu ku biarkan,
Bukan di hati sudah tidak sayang,
Tapi kerana ku perlu bersendirian,
1 persoalan bermain di fikiran,
TIDAK LAYAKKAH AKU DI HARGAI AKAN SETIAP PENGORBANAN?

Tuesday, September 20, 2011

INIKAH CINTA 16

Sudah lama ayang tidak menitipkan kata hati ayang disini, bukan kerana tiada makna dalam perhubungan kita, tetapi tiada kelapangan untuk ayang mengukir kata bersulam rindu buat tatapan abang.
Dari hari ke hari ayang banyak berfikir tentang hubungan kita, sepanjang tahun ini betul-betul buat ayang tersinggung dan berkecil hati dengan sikap abang. Adakah ayang sahaja mengharap dalam mengekalkan hubungan sebaliknya abang bersikap acuh tak acuh? Seminggu tidak berhubung adalah menjadi kebiasaan bagi abang sedangkan ayang tak betah menunggu. Ayang hanya nak abang faham keadaan kita yang sebenarnya. Luahan ayang di sini bukan itu yang ayang maksudkan dan inginkan yang sebenarnya. Tapi ayang mahu abang berfikir sejenak.
Kita begitu jarang sekali berhubung sejak akhir-akhir ini. Bila ayang tanyakan abang tetap dengan jawapan yang sama "sabar".
Sampai bila? Setahun sudah kita tidak bersua muka, ayang hanya mahukan kita sentiasa berhubung antara satu sama lain. Mungkin sekarang abang tidak pernah merasai akan kesunyian kerana ayang sentiasa menghubungi abang tidak kira abang memberikan respon atau tidak. Tujuan utama ayang adalah kerana tidak mahu hubungan kita hambar begitu sahaja.
Sekarang ini memang tiada apa yang berlaku, tiada apa yang menggugat hati keduanya, tapi suatu hari nanti abang akan sedari itu semua. Yang jauh semakin luput dalam ingatan sebaliknya yang dekat cuba di eratkan. Ayang serik untuk menerimanya lagi.
Abang, seandainya betul dengan jangkaan ayang yang abang sudah mula mengenali hati yang lain, ayang minta abang berterus terang dari membiarkan ayang seperti tiada harganya. Walaupun dihati tetap menunggu abang, tetapi ayang perlu terima anadai itu yang berlaku sebenarnya. Cukuplah ayang menjadi seorang pencinta yang setia dan di hormati bila insan yang di cintai sudah beralih arah. Ayang perlu akur.
Hati ayang makin goyah bila ada yang menyatakan cinta jarak jauh berisiko tinggi dalam menghadapi kecurangan dan beralih hati dan sayang. Tetapi ayang tetap menafikan walaupun di hati bergolak. Ayang cuba menepisnya sedaya mungkin. Kerana ayang percayakan cinta abang hanya untuk ayang. Ayang begitu tamak dalam mengejar cinta abang. Sedangkan hati ayang cukup terguris dengan balasan yang ayang terima sekarang ini.