Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Saturday, April 2, 2011

INIKAH CINTA - 8


Ayg..tasha td dia col..abg ckp kt dia..esk bru bg cz x smpt..bnk dh ttp

10 Ogos 2009 18:53

Dia mrh abg.

10 Ogos 2009 18:54

Xbnk kn hr nie..tp abg ckp x dpt uit..senang

10 Ogos 2009 18:56

Dia ckp dia xmfkn abg? Dia mrh t0l td.

10 Ogos 2009 19:00


Aku tak pasti apa maksud yang ingin dia katakan disini, adakah hanya sekadar memberitahu ataupun berjauh hati dengan sikap perempuan itu. Tapi, apa-apa pun aku sememangnya sangat berkecil hati dengan pesanan seringkas ini.

Dia masih menyatakan tentang perasaan sedihnya bila perempuan itu bersikap memarahinya. Namun aku tetap mengubati hati sendiri. Jauh di sudut hati aku menyumpah seranah akan perasaanku yang menafikan tiada lagi nama perempuan itu meniti di bibirnya. Tiada lagi keluh kesah di hati dia mengingatkan akan perempuan ini. Tapi hari ini aku terluka lagi. Namun aku sembunyikan, kerana fikirku, dia sekadar memberitahu. Dan hatiku tetap berjauh hati dengan pesanan itu. Maafkan aku sayang.

Nat pernah menelefonku menyatakan untuk menuntut hutang, adan dia inginkan nombor telefonmu, tapi aku tetap bertegas. Aku jadi rimas dengan panggilan itu, ksudah berkali aku katakan akan memberitahumu sendiri. Dulu dia menerima takdir bahwa Im memberitahunya bahawa dia lebih sayangkan aku darinya, dan dia juga membiarkan aku teruskan perhubungan ini walaupun aku bersedia mengundur diri, tetapi sekarang dia bersikap begini pula. Aku pening memikirkannya. Memang tak di nafikan aku orang ketiga tanpa aku sedari, tapi bukan keinginanku dan aku telah pun bersedia, tapi aku di halang. Jangan hukum aku begini.

No comments:

Post a Comment