Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Saturday, April 2, 2011

INIKAH CINTA - 3

Setibanya aku di stesen bas pada hari yang di janjikan, temanku sudah sedia menanti di sapa dengan satu senyuman.

“Awak dah lama tunggu?,” aku mula membuka bicara.

“Baru sampai, takut awak tunggu lama macam hari tu,” dia berkata sambil tersenyum nakal.

“Saya tak bawa apa-apa untuk mak awak, boleh temankan saya belikan barang?,” pintaku.

“Ala, nak susah-susah belikan apa? Awak datang sini dah cukup gembira buat saya sekeluarga,” katanya. Oit, buat dia sekeluarga? Semacam saja bunyinya. Aku berfikir sendirian.

Aku dan temanku segera bertolak balik ke rumahnya, kerana ibunya sudah menanti. Namun sempat ku belikan buah sebagai pemberian ketika bertandang sebagai tetamu. Itulah adat yang di ajar oleh keluargaku.

Aku di sambut baik oleh ibunya, tangan di cium, dan pipiku di kucup berkali-kali bersama pelukan erat yang di berikan ibunya. Begitu mesra sekali sentuhan itu.

“Zu bermalam kat sini dua malam boleh?,” ibunya mengharap.

“Maaflah makcik, Zu tak dapat nak tinggal lama kat sini, lusa Zu ada ujian. Nanti senang Zu datang lama kat sini ya,” aku mula memujuk ibunya sambil diperhatikan temanku.

Aku berasa sedikit janggal, kerana kedatanganku kali ini tanpa kawan serumah. Secara tidak langsung, aku menjadi perhatian mereka.

“Awak, kita pergi jalan-jalan nak pagi esok?,” temanku berbicara ketika mula melabuhkan punggung selepas membasuh pinggan di dapur.

“Nak pergi mana? Dah beritahu mak awak ke?, nantikan mak awak cakap apa pula,” aku mula menduga.

“Awal-awal lagi dah beritahu mak, lagipun dia terus setuju sebab dia takut awak bosan duduk kat rumah,” matanya bersinar menunjukkan keceriaan semasa mengeluarkan kata-kata.

Cepatnya temanku membuat perancangan.

“Zu, cepat siap, lepas makan, bolehlah kamu bersiap untuk keluar nanti,” ibunya mengingatkanku.

Mak aih, mak dia pula yang beria-ia. Tak tahukah yang aku dengan anaknya sekadar teman biasa.

Selepas makan, aku mula bersiap-siap untuk keluar dengan temanku. Hot Spring Sungkai destinasi kami. Disana makanan tidak dibawa masuk, hanya boleh di beli di dalam sahaja. Pelbagai tempat kami jelajahi, memang cantik tempatnya. Terdapat sotong besar ,menghiasi kolam renang, melalui jambatan pula berpeluh aku dibuatnya kerana perairan dibawah jambatan adalah air panas yang mencecah 100 darjah celcius. Memang tenang dan menarik. Terdapat juga Spa untuk mengurut setelah lenguh berjalan. Kami bergambar bersama. Aku tidak kekok bersamanya, kerana dia seorang yang peramah dan ceria.

Setelah penat berjalan, kami membasahkan tekak di sebuah kedai minuman. Dikelilingi dengan kolam yang dipenuhi ikan tilapia. Memang begitu mengujakan.

Temanku membelikan air di kedai dan menatang. Kenapa seorang gadis begitu asyik memerhatikanku. Tak dapat aku mengertikan akan pandagan.

“Awak, kenal ke perempuan itu?,” tanyaku setelah aku diperhatikan dari tadi.

“Dialah bekas teman wanita saya dulu. Mungkin dia tak duga yang saya bawa awak ke sini,” ulasnya tanpa berselindung.

Adakah aku di bawa ke sini adalah untuk menyakitkan hatinya? Masakan aku yang menjadi tunjang untuk mengecewakan gadis itu? Tapi kenapa aku? Aku mula bermonolog sendirian.

“Awak memang sudah tahu bekas teman wanita awak bekerja disini?,”dugaku.

“Ya, dah tahu kenapa?,” soalnya seperti tiada apa-apa berlaku.

“Awak sengaja bawa saya untuk membalas dendam di atas kesakitan awak yang lalu padanya?,” aku mula sebak di dada namun mampu kutahan.

Sungguh mudah untuk aku diperalatkan. Desis hatiku.

“Tak adalah, kan kita datang nak minum-minum. Awak jangan fikir yang bukan-bukan,” matanya tidak memandangku ketika berkata.

Aku hanya mampu mendiamkan diri. Setelah penat berjalan, kami terus pulang ke rumah.

“seronok berjalan tadi,” kata ibunya setelah aku siap mengemas di dapur.

“Seronok juga mak cik, air di bawah jambatan tu memang panas betul, macam mandi wap pula,” aku berkata sambil tersenyum. Seketika kemudian aku memuat turunkan gambar yang telah kami tangkap ke dalam computer riba yang ku bawa.

“Kat situ memang seronok, ramai, nanti lain kali bolehlah pergi lagi,” saran ibunya.

“Ya, mak cik tapi lagi seronok kalau pergi sekeluarga,” aku menyuakan pendapat.

Aku meminta diri untuk ke bilik air. Setelah keluar membetulkan kain batik di dapur aku melangkah ke ruang tamu. Temanku menunjukkan gambar kami tadi kepada ibunya. Aku mula asyik dengan menonton televisyen.

“Cantik bakal menantu mak, Along,” tiba-tiba ibunya bersuara. Uit, nak puji pun janganlah depan aku, memang aku tengah tengok tv, tapi telinga ni servis dengan baik. Nak puji belakang aku banyak-banyak pun boleh. Jangan kutuk sudah. Tapi…bakal menantu? Hah bakal menantu? Mak dia ni biar betul. Aik! Sejak bila aku declare dengan anak dia? Kuatnya sixth sense ibu, anaknya dah berkali menyatakan hasrat di hati namun aku perlukan masa. Lagipun masih diperingkat awal lagi. Namun aku pula buat-buat tidak dengar. NAmun diekor mataku dapat mengagak yang temanku sudah macam kambing dah, tersengih-sengih. Bukan nak perbetulkan keadaan. Aduyai..

No comments:

Post a Comment