Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Saturday, April 2, 2011

INIKAH CINTA - 10

Kenapa mesti nak samakan aku dengan kisah hidupmu dengan dirinya yang telah menjadi di lipatan sejarahmu itu? Aku punya perasaan, aku punya hati, bukan ini yang aku mahu dengar setelah bungkusan itu? Masih terngiang lagi di telingaku bila kau katakan..

"Dulu Siti pun pernah buat macam ni kat abg"

Mungkin itu hanya kebetulan tapi, hanya Allah yang mengetahuinya betapa aku terkelu sementara. Pemberianku serta kad itu bukan bererti mahukan kamu mengingati dirinya, sebaliknya menerimaku dengan seadanya tanpa menjadi klon sesiapa. Aku langsung tidak menyedari akan terbitnya bicara ini dari bibirmu. Apalah dayaku, bukan aku mahu kamu melupakannya, tapi cukuplah sekadar mengenangkan dalam hatimu tanpa menyamakan aku seperti itu.

Aku memang pentingkan diri setelah aku betul-betul menyayangimu, tapi aku tak pentingkan lagi tentang hatiku setelah apa yang aku dengari benar-benar meluluhkan perasaanku.

Tp abg bgga taw..ayg buat 100x lg baik dr dia taw,,ayg

11 Ogos 2009 20:56

Same je..abg gah peluk d0mpet bru nie.,.

11 Ogos 2009 22:01


Aku cuma perlu satu pinta dari mu, andai kata secara kebetulan sekalipun, tegurlah sekadar dalam hatimu, tetapi jangan sesekali kau menerimaku kerana mengenangkan akan bekas kekasihmu itu. Aku minta maaf, aku betul-betul tidak dapat menerimanya. Apa-apa pun senyumanmu menjadi penawarku dengan memeluk dompet itu. Ku harap ia amat bermakna bagimu.

No comments:

Post a Comment