Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Tuesday, September 20, 2011

INIKAH CINTA 16

Sudah lama ayang tidak menitipkan kata hati ayang disini, bukan kerana tiada makna dalam perhubungan kita, tetapi tiada kelapangan untuk ayang mengukir kata bersulam rindu buat tatapan abang.
Dari hari ke hari ayang banyak berfikir tentang hubungan kita, sepanjang tahun ini betul-betul buat ayang tersinggung dan berkecil hati dengan sikap abang. Adakah ayang sahaja mengharap dalam mengekalkan hubungan sebaliknya abang bersikap acuh tak acuh? Seminggu tidak berhubung adalah menjadi kebiasaan bagi abang sedangkan ayang tak betah menunggu. Ayang hanya nak abang faham keadaan kita yang sebenarnya. Luahan ayang di sini bukan itu yang ayang maksudkan dan inginkan yang sebenarnya. Tapi ayang mahu abang berfikir sejenak.
Kita begitu jarang sekali berhubung sejak akhir-akhir ini. Bila ayang tanyakan abang tetap dengan jawapan yang sama "sabar".
Sampai bila? Setahun sudah kita tidak bersua muka, ayang hanya mahukan kita sentiasa berhubung antara satu sama lain. Mungkin sekarang abang tidak pernah merasai akan kesunyian kerana ayang sentiasa menghubungi abang tidak kira abang memberikan respon atau tidak. Tujuan utama ayang adalah kerana tidak mahu hubungan kita hambar begitu sahaja.
Sekarang ini memang tiada apa yang berlaku, tiada apa yang menggugat hati keduanya, tapi suatu hari nanti abang akan sedari itu semua. Yang jauh semakin luput dalam ingatan sebaliknya yang dekat cuba di eratkan. Ayang serik untuk menerimanya lagi.
Abang, seandainya betul dengan jangkaan ayang yang abang sudah mula mengenali hati yang lain, ayang minta abang berterus terang dari membiarkan ayang seperti tiada harganya. Walaupun dihati tetap menunggu abang, tetapi ayang perlu terima anadai itu yang berlaku sebenarnya. Cukuplah ayang menjadi seorang pencinta yang setia dan di hormati bila insan yang di cintai sudah beralih arah. Ayang perlu akur.
Hati ayang makin goyah bila ada yang menyatakan cinta jarak jauh berisiko tinggi dalam menghadapi kecurangan dan beralih hati dan sayang. Tetapi ayang tetap menafikan walaupun di hati bergolak. Ayang cuba menepisnya sedaya mungkin. Kerana ayang percayakan cinta abang hanya untuk ayang. Ayang begitu tamak dalam mengejar cinta abang. Sedangkan hati ayang cukup terguris dengan balasan yang ayang terima sekarang ini.