Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Sunday, April 10, 2011

INIKAH CINTA - 15

Kenapa ayang memberitahu itu semua? Kerana cinta ayang hanya pada abang. Walaupun seminggu kita tidak berhubung dan dengan penjelasan abang yang tanpa diduga telah menghancurkan hati ayang dulu, tetapi ayang tetap memilih abang. Bukan kerana ayang mendendaminya, tetapi ayang betul-betul perlukan abang, cinta ayang sepenuh hati hanya pada abang. Sedalamnya hanya untuk abang.

Walaupun ayang sering di abaikan, tapi ayang tetap memilih abang. Abang cukup sempurna untuk ayang. Andaikata ayang tidak di perlukan, ayang harap abang berterus terang. Walaupun ayang cukup tersiksa dengan perpisahan itu. Ayang perlu menerimanya juga.

Tujuan ayang memberitahu semua ini kerana bukan ayang berniat untuk membalas dendam terhadapnya dan bukan juga menjadikan abang sebagai tempat untuk ayang jadikan persinggahan, tetapi hanya ALLAH yang tahu bahawa ayang sayangkan abang sangat-sangat.

Semua kesempurnaan dari segi kedudukan dan kerjayanya tidak lagi penting untuk ayang kecuali memiliki hati abang. Cinta ayang betul-betul untuk abang. Hati kecil ayang bangga dan bersyukur kerana menjadi pencinta pada abang. Meskipun abang banyak kali meluahkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku sehingga ayang cukup rasa terhina sekali. Tapi hati kecil ayang masih pada abang.

Bila ayang menutup mata nanti, ayang harap abang tidak menyesal bercinta dengan ayang. Walaupun hubungan kita agak meruncing bila abang seolah menghina maruah ayang, tetapi ayang tetap membuat keputusan untuk bersama ayang. Kerana di mata dan di hati ayang adalah abang. Semasa ayang membuat keputusan itu, ayang langsung tak terfikir akan hati abang, tapi ayang pentingkan perasaan ayang. Perasaan yang mana ayang lebih memerlukan abang untuk sentiasa ada disamping ayang. Bukan orang lain, bukan juga kenangan lama. Semua tu dah jadi lipatan sejarah.

Ayang minta maaf kerana menyembunyikan perkara ini. Ayang hanya dapat meluahkan dengan cara ini, sebab ayang tak mahu kita bersengketa dan ayang tidak sampai hati meluahkannya. Ayang sedar, ayang telah melakukan kesilapan itu, tapi ayang hanya ingin meluahkan apa yang terbuku tanpa ada orang ketiga dalam hubungan kita berdua. Ayang betul-betul cintakan abang. Maafkan ayang sayang. Sekiranya abang tidak dapat menerimanya, ayang redha. Mungkin itu adalah takdirnya.
Ayang sentiasa mencintai abang sehingga ayang sudah tidak diperlukan lagi. Itu yang dapat ayang katakan. Abang selalu katakan yang abang sayang ayang, tapi abang seperti

No comments:

Post a Comment