Zue dan Eirullz

Assalamualaikum,, Bila dirimu ketawa, hatiku bahagia, bila dirimu berduka aku sengsara, bila dirimu terleka aku menegurnya, bila dirimu dicinta, akulah pencintanya.

Tuesday, September 20, 2011

INIKAH CINTA 16

Sudah lama ayang tidak menitipkan kata hati ayang disini, bukan kerana tiada makna dalam perhubungan kita, tetapi tiada kelapangan untuk ayang mengukir kata bersulam rindu buat tatapan abang.
Dari hari ke hari ayang banyak berfikir tentang hubungan kita, sepanjang tahun ini betul-betul buat ayang tersinggung dan berkecil hati dengan sikap abang. Adakah ayang sahaja mengharap dalam mengekalkan hubungan sebaliknya abang bersikap acuh tak acuh? Seminggu tidak berhubung adalah menjadi kebiasaan bagi abang sedangkan ayang tak betah menunggu. Ayang hanya nak abang faham keadaan kita yang sebenarnya. Luahan ayang di sini bukan itu yang ayang maksudkan dan inginkan yang sebenarnya. Tapi ayang mahu abang berfikir sejenak.
Kita begitu jarang sekali berhubung sejak akhir-akhir ini. Bila ayang tanyakan abang tetap dengan jawapan yang sama "sabar".
Sampai bila? Setahun sudah kita tidak bersua muka, ayang hanya mahukan kita sentiasa berhubung antara satu sama lain. Mungkin sekarang abang tidak pernah merasai akan kesunyian kerana ayang sentiasa menghubungi abang tidak kira abang memberikan respon atau tidak. Tujuan utama ayang adalah kerana tidak mahu hubungan kita hambar begitu sahaja.
Sekarang ini memang tiada apa yang berlaku, tiada apa yang menggugat hati keduanya, tapi suatu hari nanti abang akan sedari itu semua. Yang jauh semakin luput dalam ingatan sebaliknya yang dekat cuba di eratkan. Ayang serik untuk menerimanya lagi.
Abang, seandainya betul dengan jangkaan ayang yang abang sudah mula mengenali hati yang lain, ayang minta abang berterus terang dari membiarkan ayang seperti tiada harganya. Walaupun dihati tetap menunggu abang, tetapi ayang perlu terima anadai itu yang berlaku sebenarnya. Cukuplah ayang menjadi seorang pencinta yang setia dan di hormati bila insan yang di cintai sudah beralih arah. Ayang perlu akur.
Hati ayang makin goyah bila ada yang menyatakan cinta jarak jauh berisiko tinggi dalam menghadapi kecurangan dan beralih hati dan sayang. Tetapi ayang tetap menafikan walaupun di hati bergolak. Ayang cuba menepisnya sedaya mungkin. Kerana ayang percayakan cinta abang hanya untuk ayang. Ayang begitu tamak dalam mengejar cinta abang. Sedangkan hati ayang cukup terguris dengan balasan yang ayang terima sekarang ini.

Sunday, April 10, 2011

INIKAH CINTA - 15

Kenapa ayang memberitahu itu semua? Kerana cinta ayang hanya pada abang. Walaupun seminggu kita tidak berhubung dan dengan penjelasan abang yang tanpa diduga telah menghancurkan hati ayang dulu, tetapi ayang tetap memilih abang. Bukan kerana ayang mendendaminya, tetapi ayang betul-betul perlukan abang, cinta ayang sepenuh hati hanya pada abang. Sedalamnya hanya untuk abang.

Walaupun ayang sering di abaikan, tapi ayang tetap memilih abang. Abang cukup sempurna untuk ayang. Andaikata ayang tidak di perlukan, ayang harap abang berterus terang. Walaupun ayang cukup tersiksa dengan perpisahan itu. Ayang perlu menerimanya juga.

Tujuan ayang memberitahu semua ini kerana bukan ayang berniat untuk membalas dendam terhadapnya dan bukan juga menjadikan abang sebagai tempat untuk ayang jadikan persinggahan, tetapi hanya ALLAH yang tahu bahawa ayang sayangkan abang sangat-sangat.

Semua kesempurnaan dari segi kedudukan dan kerjayanya tidak lagi penting untuk ayang kecuali memiliki hati abang. Cinta ayang betul-betul untuk abang. Hati kecil ayang bangga dan bersyukur kerana menjadi pencinta pada abang. Meskipun abang banyak kali meluahkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku sehingga ayang cukup rasa terhina sekali. Tapi hati kecil ayang masih pada abang.

Bila ayang menutup mata nanti, ayang harap abang tidak menyesal bercinta dengan ayang. Walaupun hubungan kita agak meruncing bila abang seolah menghina maruah ayang, tetapi ayang tetap membuat keputusan untuk bersama ayang. Kerana di mata dan di hati ayang adalah abang. Semasa ayang membuat keputusan itu, ayang langsung tak terfikir akan hati abang, tapi ayang pentingkan perasaan ayang. Perasaan yang mana ayang lebih memerlukan abang untuk sentiasa ada disamping ayang. Bukan orang lain, bukan juga kenangan lama. Semua tu dah jadi lipatan sejarah.

Ayang minta maaf kerana menyembunyikan perkara ini. Ayang hanya dapat meluahkan dengan cara ini, sebab ayang tak mahu kita bersengketa dan ayang tidak sampai hati meluahkannya. Ayang sedar, ayang telah melakukan kesilapan itu, tapi ayang hanya ingin meluahkan apa yang terbuku tanpa ada orang ketiga dalam hubungan kita berdua. Ayang betul-betul cintakan abang. Maafkan ayang sayang. Sekiranya abang tidak dapat menerimanya, ayang redha. Mungkin itu adalah takdirnya.
Ayang sentiasa mencintai abang sehingga ayang sudah tidak diperlukan lagi. Itu yang dapat ayang katakan. Abang selalu katakan yang abang sayang ayang, tapi abang seperti

Wednesday, April 6, 2011

INIKAH CINTA - 13

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Memang betul pepatah itu, kadang-kadang kita bahagia, kadang-kadang kita kecewa. Tapi kenapa aku selalu seperti di permainkan olehnya. Adakah aku insan yang betul-betul bertakhta di hatinya. Aku seperti diabaikan rasanya, Begitu memilukan hati bila di ingat kembali.

Natasha Cadr: rindu tak memberi erti apa2 dah sekarang nih..

Natasha Cadr: sbb dulu bila kite sygkan awk..awk lak sygkan org lain..

Natasha Cadr: main2kan kite..

Natasha Cadr: mcm tu jer bye..

Natasha Cadr: hmmm..

Natasha Cadr: oklah

Natasha Cadr: salam..

Aku tak tahu apa yang patut aku katakan. Walaupun sudah jelas yang dia memilih aku mengikut pada perkiraan daripada jawapan ini. Tapi kenapa masih boleh menyatakan rindu padanya? Walaupun tiada bukti seperti yang dinyatakan untuk aku kuatkan tapi perkataan rindu daripada Natasha cukup jelas bahawa dia menyatakan rindu juga pada wanita itu. Masakan tidak dengan jawapan yang wanita ini berikan.

Adakah hatinya masih pada wanita ini dan menyesal kerana memutuskan hubungan dulu setelah dia memilih aku? Banyak yang aku persoalkan dalam hati kecil ini. Dari dulu lagi dia merasakan seperti tidak puas hati bila wanita ini menghubunginya dan marah-marah. Aku begitu berjauh hati bila ini yang aku dapat. Kenapa dia tersalah membuat percaturan dengan memilih aku sedangkan hatinya masih rindu pada wanita itu.

Aku bukan seorang yang cepat melenting sebenarnya. Tapi sudah berulang kali dia buat padaku. Dengan wanita yang sama. Aku menangis semahu-mahunya mengenangkan. Kenapa ini yang harus aku terima. Bila kali ini aku terima lagi, hatiku seperti tidak dapat dipujuk. Aku kah yang bersalah? Aku betul-betul menyintai dia. Mungkin aku banyak kekurangan.

Bila aku tanya kepadanya adakah dia masih merindui dan mengingati wanita itu, dia menyatakan tidak. Bila aku lakarkan bukti ini, dia menafikan sekeras-kerasnya. Jawapannya adalah untuk meminta no akaun bank untuk jelaskan hutang yang tertunggak. Kenapa perlu menyatakan rindu? katanya adalah sekadar untuk memujuk. Aku tak tahu istilah bujukan macam mana yang dia tunjukkan. Aku begitu naif akan hal ini, tapi hati kecilku benar-benar menafikannya. Masakan tidak, kerana wanita itu langsung tidak menyatakan apa-apa mengenai hutang atau berkaitan no akaun bank. Aku menangis memikirkannya. Betapa murahnya perkataan rindu yang terpancul di bibirnya. Bukan hanya padaku seorang, tetapi wanita itu juga. Ya Allah, lemahnya hatiku bila memikirkan hal ini. Hanya Engkau yang mengetahui betapa sakitnya hatiku.

Ya Allah, betapa peritnya hati aku ketika ini. Andai aku bukan di hatinya, cukuplah jujur padaku, tidak mempermainkan perasaanku. Walau sekalipun aku kecewa dengan jawapan itu, tetapi ia pasti dapat di ubati. Aku boleh terima keputusan itu, dan akan cuba menerimanya sikit demi sedikit. Dia punya hak untuk membuat keputusan, kerana itu adalah masa depannya. Masa depanku pula adalah hanya untuk bersama dengannya andai kata dia betul-betul menyintai aku tanpa di selitkan dengan orang ketiga. Dan andaikata aku bukan pilihannya, aku terima. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Ya Allah, bukakan mata hatiku, tunjukkan aku, memang aku betul-betul menyintai dia, tapi tunjukkan padaku pasangan aku sebenarnya. Aku akan menerimanya walaupun di hati hanya padanya. Aku cuba untuk kikiskan hati yang padu padanya jika itu kehendakMU..Amin..

Bingkisan dari hatiku khas untuknya.

Nama secantik orangnya,
Senyuman manis yang terukir di bibirnya,
Terlihat kejujran di hatinya,
Terlebih dahulu aku memohon maaf darimu,
Membuka email tanpa pengetahuanmu,
Bukan aku mencurigaimu,
Tapi untuk memenuhi hasratku,
Dengan kebenaranmu.

Tapi tidak ku duga,
Kenapa email ini ku terima?
Bila aku meneliti maksudnya,
Aku dapat tangkap makna tersiratnya,
Tapi kata-kata apa yang bagi padanya?
Yang pastinya kau menyatakan rindu juga,
Masakan tidak bila jawapan ini yang tersedia.

Tapi itu katanya,
Dan katamu sebaliknya,
Hatimu masih padanya,
Itu yang dapat aku baca.

Aku bangga dengan maknanya,
Gadis itu memberi maksud yang nyata,
Bahawa kau memilih aku darinya,
Tapi kenapa masih lagi rindu yang kau nyatakan?
Kerana aku dapat menangkap butir-butir kenyataan ini.

Aku akui, aku yang kedua mungkin juga yang ketiga,
Tapi aku juga mengharapkan cinta,
Kasih dan sayangmu wujud dalam jiwa,
Kesetiaan juga,
Bukan kecurangan melanda.

Rajukku ada tempatnya.

INIKAH CINTA - 12

Nak tahu satu perkara tak? Selama hidup ayang, sememangnya abang dah tahu yang abang merupakan cinta kedua ayang, dan abang juga pernah dengar yang ayang pernah cakap bahwa walaupun abang cinta kedua ayang, tapi sebenarnya cinta ayang pada abang melebihi cinta ayang pada yang pertama.

Ayang tak tahu kenapa, yang ayang tahu, cinta ayang kini padu untuk abang seorang. Tiada cinta yang membahagiakan sesama insan kecuali cinta terhadap orang yang paling ayang cinta iaitu KHAIRUL NAIM AHMAD TARMIZI. Entah kenapa begitu teguhnya cinta ayang pada abang. Tiada alasan kenapa ayang mencintai abang kerana cinta yang Allah anugerahkan itu yang ayang rasa sekarang. Ayang betul-betul bersyukur sayang.

Setiap titip kata yang abang ungkapkan dan titipkan pada ayang, sentiasa ayang sematkan di sanubari. Ayang juga dapat merakamkan antara mesej-mesej yang abang titipkan buat ayang. Semua ni begitu berharga untuk ayang. Terima kasih sangat-sangat.

Abg cinta ayg..Allah nk uji btl ke yg abg cinta ayg..byk prkara yg dulunye abg xley sbr tp gan ayg abg tetap cmnie..ayg siksa abg..abg akn mati perlahan2..lbh baik abg mati terus ..bkn kerna pentingkn diri,,tp abg x mmpu tggung sume nie.. abg suh ayg smpaikn salm pd ma, abg cma nk ayg gnti abg, ma trlalu sygkn ayg..tlg ye..ayg..abg cinta sgt2 kat ayg..salam

10 Feb 2011 13:57

Ayang cinta mati abang, dan abang cinta mati ayang. Itulah kata-kata padu yang telah menjadi doa kepada kukuhnya hubungan kita sayang. Dulu kita kenal macam biasa je kan, ayang tak sangka sejauh ini kita berhubung sayang. Terima kasih di atas cintamu.


Saturday, April 2, 2011

INIKAH CINTA - 11

Kenapa aku sangat sensitif setelah melalui pelbagai kenyataan yang berlaku. Aku kadang-kadang terlampau sayangkan dia, terlampau rindukan dia sampaikan aku sanggup membuat keputusan terburu-buru. Aku selalu menyatakan ingin meninggalkannya walaupun jauh di sudut hati, aku langsung tak terniat untuk meninggalkannya. Semuanya hanyalah meminta perhatiannya semata. Betapa aku menyeksa jiwanya. Aku minta maaf.

Ayg..abg tgh pegang pisau nie..

12 April 2010 23:27

Sekali lg abg c0l ayg x angkat..Abg dah xde kat dunia nie lg..abg dah sedia.

12 April 2010 23:32

Ye..sy xtaw nk hargai awk kan..sy mntak maaf sgt2..hrp awk dpt mfkan sy, tkt awk tuntut nnt.. okla..sy nk jaln jauh nie..jg diri..bye

12 April 2010 23:59

Sy trlalu cintaknawak!! Sy xleh idup tnpa awk!! Awk phm x?! tlgla bersbr.. sy xde duit nak topup.. kalau xleh sbr sgt..Go..pg la..tp awk xkn jumpa sy lgdlm dunia nie..sy bukn ugut tp sy serius!

13 April 2010 00.06

Sy bru tunjuk gmbr awk kat sume saudara mara sy kat kdah..tp awk lak nk pg kn..memg ptut sy bunh diri skrg.. slmt tggl.

13 April 2010 00:14

Ayg mfkn abg..abg xleh idup tnpa ayg..abg pg dlu..

13 April 2010 00:30

Ya Allah..tarikla nyawa aq..aq dh xleh hdup lg..knp mesti engkau berikan pd aq..aq tlh cukup bersbr..knp engkau uji aq?

13 April 2010 00:42

Ayg..abg cintakn ayg..abg akn tggu ayg.

13 April 2010 14:42

Ayg..abg mrayu..tlgla jgn tgglkn abg..

13 April 2010 15:45

Ayg msh nk diam ke? Abg akn mati.. slmt tggal.

13 April 2010 16:08

Smpai ati ayg wat abg cmnie..kerna xmsg 2hr p0n ayg nk tgglkn abg, pdhl ayg taw abg sash..tp tetap wat abg camnie.

14 April 2010

00:37

Semoga dpt tido yg nyenyak..abg cntakn ayg hingga akhir hayt.

14April 2010

01:32

Ok..cyg..abg cma nk ayg jg kshtnn jg dri ayg,2 yg pntg..jgn lupa wish kt bg nnt.

14April 2010 20:31

Amin..ayg jg dri..abg cntakan ayg..trlalu cintakan ayg.

14 April 2010 20:36

Ayg kena tggu abg mask meminang..

15 April 2010 09:44

Abg cnta ayg kerna dr ati abg..ikhlas n jujur cintakn ayg,, abg xkn lpskn ayg..

15 April 2010 09:49

Abg xkn lpskn ayg..abg nk ayg.. ayg mntk pts camne p0n abg xkn bnrkn ..abg brani bunuh diri klu ayg mntk gan abg.

15 April 2010 09:54

Sape ckp..ayg..ayg taw abg cintakn ayg sebb pe? Ayg ade ciri2 wanita yg abg cri selama nie..n ayg xyah tnya ciri2 pe..ayg lak cntakn abg sbb pe?

15 April 2010 09:59

Ya Allah,,betapa besarnya pengorbanan abg pada aku. Aku sebenarnya terlalu tamak, tamakkan kasih sayangnya. Tapi kadang-kadang aku dilema, kerana abg selalu ulang perkara yang sama. Bukan aku jadi jemu tapi aku rasa tidak begitu penting di hati abg. Aku nak sangat abg faham bahawa aku perlukan perhatian abg, cinta abg, kasih sayang abg tunjukkan pada aku. Tapi aku tak berdaya. Aku tahu abg juga sayang sama aku, tapi mungkin kekurangannya adalah untuk menunjukkan itu dia tak dapat.

Ya Allah,,semoga kau tetapkan hati kami, dan jodoh kami bersama. Aku tidak ingin abg mengulangi perkara yang sama, aku betul-betul mencintai dirinya. Semoga KAU juga tetapkan hati dan cintanya padaku jua. Amin Ya Rabbal Alamin.

INIKAH CINTA - 10

Kenapa mesti nak samakan aku dengan kisah hidupmu dengan dirinya yang telah menjadi di lipatan sejarahmu itu? Aku punya perasaan, aku punya hati, bukan ini yang aku mahu dengar setelah bungkusan itu? Masih terngiang lagi di telingaku bila kau katakan..

"Dulu Siti pun pernah buat macam ni kat abg"

Mungkin itu hanya kebetulan tapi, hanya Allah yang mengetahuinya betapa aku terkelu sementara. Pemberianku serta kad itu bukan bererti mahukan kamu mengingati dirinya, sebaliknya menerimaku dengan seadanya tanpa menjadi klon sesiapa. Aku langsung tidak menyedari akan terbitnya bicara ini dari bibirmu. Apalah dayaku, bukan aku mahu kamu melupakannya, tapi cukuplah sekadar mengenangkan dalam hatimu tanpa menyamakan aku seperti itu.

Aku memang pentingkan diri setelah aku betul-betul menyayangimu, tapi aku tak pentingkan lagi tentang hatiku setelah apa yang aku dengari benar-benar meluluhkan perasaanku.

Tp abg bgga taw..ayg buat 100x lg baik dr dia taw,,ayg

11 Ogos 2009 20:56

Same je..abg gah peluk d0mpet bru nie.,.

11 Ogos 2009 22:01


Aku cuma perlu satu pinta dari mu, andai kata secara kebetulan sekalipun, tegurlah sekadar dalam hatimu, tetapi jangan sesekali kau menerimaku kerana mengenangkan akan bekas kekasihmu itu. Aku minta maaf, aku betul-betul tidak dapat menerimanya. Apa-apa pun senyumanmu menjadi penawarku dengan memeluk dompet itu. Ku harap ia amat bermakna bagimu.

INIKAH CINTA - 9

Xpe..ayg simpnla..abg nie org luar..xleh smpn gmbr awek sndri cm kwn kn..

11 Ogos 2009 00:08

Iktla..skrg dh xnk lg..pape gmbr p0n ayg smpn la ye.

11 Ogos 2009 00:10

Ayg smpn ok..abg nk gmbr lain..tp ayg xnk bg..xpela..smpn sume..

11 Ogos 2009 00:20

Gmbr yg x mntk diusha kn gmbr mntk x bleh..

11 Ogos 2009 00:33

Perasaanku berbelah bagi, bungkusan itu telah aku balut dengan kemas, menunggu untuk di berikan padanya keesokan hari. Namun dia masih begitu, aku hanya perlu tawakkal. Mengikut perkiraanku, usai dia membuka bungkusan itu nanti, akan aku ambil semula gambar yang tidak di mintanya itu, walaupun aku berkecil hati kerana seminggu sudah bungkusan itu aku membalutnya.

Aku betul-betul tidak dapat menahan sebak. Aku menunggunya untuk membuka. Aku lihat keceriaan terpancar di wajahnya. Keceriaan yang aku selalu dambakan bila aku memberikannya sesuatu. Setelah melihat akan isinya, aku terus mencapai wallet baru yang ku hadiahkan padanya, aku ingin mengambilnya kembali. Mungkin gambar yang tidak dimintanya itu, tidak juga diinginkannya. Aku menangis semahu-mahunya di situ jua. Aku berkecil hati dengan apa yang berlaku malam tadi.

Namun aku bersyukur, dia menerimanya denga hati terbuka, walaupun ada sedikit adegan tarik menarik, sedangkan aku juga turut menangis ketika itu. Aku harap setiap pemberian yang akan datang tidak seperti hari ini.

Sbb ayg bg hadiah yg xtrnilai bg abg..abg suke sgt2 hdiah 2..

11 Ogos 2009 20:29

Ye cyg..abg ske sgt2..abg nangis td, sbb 2 g t0ilet..abg xtaw nk ckp ape kat ayg td,,mfkn abg ye.

11 Ogos 2009 20:32

Abg xtaw ayg wat cmne..istimewa t0l..

11 Ogos 2009 20:36